Selasa, 18 Mac 2008

Kursus Penghabisan Sekolah

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini..

Pada 1-2 dan 15-16 Mac yang lalu telah diadakan Kursus Keterampilan Pragraduan (Finishing School) yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Universiti Putra Malaysia yang bertujuan untuk membantu graduan dalam menempuhi dunia sebenar sebelum graduan mendapat pekerjaan. Antara perkara-perkara yang diajar oleh Fasilitator sewaktu kursus tersebut ialah perkenalan diri dalam sesuatu organisasi yang bakal diceburi nanti lebih kurang bagaimana untuk memperkenalkan diri mereka kepada staf-staf yang lain, mengajar kemahiran dalam berbicara dengan orang yang tidak dikenali dengan penuh keyakinan, cara untuk membuat perbentangan berkenaan dengan sesuatu topik ataupun isu. Perkara tersebut berlaku pada hari pertama kursus tersebut.

Pada hari kedua pula, perkara yang diajar kepada kami ialah berkenaan dengan bagaimana persediaan untuk memulakan pekerjaan dari aspek pakaian, kekemasan dan keterampilan diri sendiri. Selain itu, kami juga diajar bagaimana untuk menentukan apakah bidang kerja kami pada masa akan datang. membuat resume dan cover letter juga diajar pada hari kedua kursus tersebut bagi persediaan untuk memohon kerja selain daripada mempelajari kemahiran temuduga yang dijalankan oleh fasilitator.

Sesungguhnya, tidak disangka kami memperoleh ilmu yang cukup bermakna yang tidak dapat diperolehi oleh orang lain terutama kepada mereka yang tidak menghadirkan diri pada hari tersebut....

Wassalam...

Rabu, 12 Mac 2008

Pengumuman..



Anda minat menjadi seorang Penyampai Radio PutraFM?

Adakah anda mempunyai bakat?

Jikalau anda mahu dan berbakat, anda bolehlah membuat permohonan anda di PutraFM sebagai Penyampai Radio pelajar di PutraFM.


Caranya mudah, anda perlulah ke Pejabat PutraFM di Tingkat 2, Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Anda perlu isi borang permohonan sebagai penyampai radio PutraFM dan anda akan di ujibakat serta temuduga untuk menjadi penyampai radio.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan ialah:

  1. Anda mestilah seorang pelajar UPM.
  2. Berbakat untuk bercakap dalam radio.
  3. Perwatakan ceria.
  4. Sanggup bekerja dengan masa yang panjang.
  5. Sanggup bekerja lebih masa untuk meggantikan pelajar yang tidak dapat hadir ke konti.
  6. Boleh memberikan komitmen sebagai staff PutraFM yang sebenar.
Itulah serba sedikit antara kelayakkan yang anda perlu ada untuk menjadikan anda sebahagian daripada warga PutraFM.

Selamat Berjaya!!!

Dimanakah Adik Sharlinie??

Assalamualaikum..



Untuk pengetahuan anda, pada 9 Mac baru-baru ini genaplah 60 hari atau 2 bulan kehilangan adik Sharlinie yang di Laporkan hilang sejak 9 Januari lagi di rumah di Petaling Jaya. Pihak Polis dan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan bertungkus lumus menjalankan kegiatan mencari dan mengesan dimanakah tempat adik Sharlinie di bawa lari oleh penculik yang menculik adik Sharlinie. Kita sebagai masyarakat yang perihatin tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada adik Sharlini setelah adik Nurin Jazlin menimpa nasib yang amat malang atas perbuatan manusia yang tidak berhati perut.

Wajah comel arwah adik Nurin Jazlin yang dirogol sambil dibunuh

Jadi, kepada mereka yang perihatin tolonglah berdoa bagi memastikan adik sharlinie selamat dan dilindungi oleh Allah SWT. Janganlah melakukan perkara-perkara yang dapat mengelirukan pihak Polis dan keluarga adik Sharlinie, cukuplah penderitaan keluarga adik Nurin Jazlin.


Inilah lakaran wajah suspek yang dipercayai menculik adik Sharlinie

Selasa, 11 Mac 2008

Shooting Drama Ekor Durjana kedua..

Hai…aku di sini nak bagitau lah kepada rakan-rakan aku yang melawati blog ni bahawa kumpulan kami telah megadakan penggambaran buat kali kedua di Banting, kami membuat penggambaran tersebut kerana untuk menghabiskan beberapa babak yang masih belum sempat diselesaikan. Terutamanya babak malam yang agak sukar untuk di lakukan kerana faktor lampu yang memainkan peranan penting dalam pembikinan babak pada waktu malam. Selain itu, para pelakon yang tidak mempunyai bakat dan pengalaman yang baik menyebabkan babak-babak yang tidak dapat dihabiskan pada 1-2 mac. Disamping itu juga kami melakukan babak aksi di mana pelakon melakonkan babak yang agak sukar untuk dilakukan iaitu babak kemalangan yang menimpa Pak Mail.

Apa-apapun babak yang dirancang dapat dilakukan dengan baik dalam tempoh 1 hari. Tetapi dalam penggambaran tersebut terdapat masalah yang tidak dapat diatasi. Seperti penggambaran pada waktu malam dan masalah yang merumitkan.

Tetapi apa yang pasti adalah, kitorang melepaskan kepenatan kami dengan karaoke pada pada malam harinya di Jagan Karaoke.. Kami menyanyi sepuas hati kami.

Isnin, 10 Mac 2008

Kemenangan Roma Bukti Kehebatan..








Kepada penggemar Pasukan AS Roma, korang mesti tahu kan bahawa pasukan Roma telah berjaya ke pusingan seterusnya dalam Champions League baru-baru ni apabila menumpaskan pasukan gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid. Pada pendapat aku, pasukan Roma dah tak mampu bersaing dengan Real Madrid memandangkan pasukan tu sememangnya handal musim ni.. Nak-nak pulak ada Robben, Robinho dan ramai lagi bintang-bintang ternama..
Real Madrid merupakan pendahulu liga Sepanyol musim ini sedangkan Roma hanyalah pasukan yang berada nombor 2 dalam liga Itali. Jadi, apakah yang anda rasakan ketika ini?? Kalau aku, aku rasa seronok apabila pasukan aku telah berjaya menumpaskan pasukan yang agak kuat dan ternama. Jadi, harapan aku agar pasukan AS Roma akan terus berjaya sebagai pasukan yang berjaya menggondol Piala Eropah itu memandangkan AC Milan sudah tumpas dan hanya InterMilan yang masih belum diketahui keputusannya jikalau Inter kalah, maknanya Roma sahaja yang mewakili Itali dalam pusingan seterusnya dalam Champions League. Perlawanan pertama 19/2/08 baru ni menyaksikan Real tumpas di Rome dengan 2-1, gol oleh Mancini dan Pizarro untuk Roma dan Raul untuk Real.

Perlawanan kedua menyaksikan Real kalah lagi apabila strategi untuk menjadikan Roma mangsa di tempat sendiri tidak berjaya apabila tumpas ditangan Roma di Madrid dengan 2-1 hasil jaringan Taddei dan Vucinic untuk Roma dan Raul untuk Real. Perlawanan suku akhir masih tidak di ketahui...jadi, kepada peminat-peminat Roma, tunggulah perlawanan Roma yang seterusnya dalam Champions League ok..

Saksikanlah video ini..

Rabu, 5 Mac 2008

Shooting 'Ekor Durjana'

Assalamualaikum, kepada sesiapa yang melawati blog aku ini terima kasih aku ucapkan.. sebenarnya pada 1-2 Mac yang lalu aku telah mengadakan penggambaran drama ‘Ekor Durjana’ di mana aku diminta untuk menolong junior aku untuk menyiapkan tugasan mereka. Mereka merupakan pelajar tahun 1 Bacelor Komunikasi Penyiaran. Kami mengadakan penggambaran di Banting iaitu rumah salah seorang rakan kami iaitu Yazid.. Itulah dia orangnya yang berbaju kuning tu.. Selama dua hari kitorang kat sana dapat layanan istimewa daripada mak si Yazid tu. Pada hari pertama kitorang kalau ikut jadual akan mulakan penggambaran pada pukul 8 pagi tapi disebabkan oleh faktor cuaca menyebabkan kami tak dapat nak mulakan penggambaran dengan lebih awal. Sebaik sahaja kitorang makan dan selepas hujan reda, kitorang mulakan penggambaran seperti yang telah dirancang oleh pengarah. Pengarah untuk drama ini ialah Yazid juga..(Ala, budak baju kuning sebelah ni laa…) Babak demi babak kitorang shoot lakukan dengan semangat untuk menyiapkan projek junior-junior aku.. Oppsss…aku lupa nak perkenalkan antara krew-krew yang terlibat dalam pembikinan drama “Ekor Durjana” ini. Antaranya ialah:

Sya Sebagai Ecah


Zaipon sebagai Pak Mail

Farhana sebagai Tijah


Acik Sebagai Kawan Ecah (Penolong Pengarah)


Faizul (Jurumekap)


Rizal sebagai Samat (Jurukamera)


Ekhwan sebagai Dollah (Jurukamera)


Wani (Pembantu penerbitan)


Itulah sebahagian daripada krew-krew yang terlibat dalam pembikinan drama ”Ekor Durjana”

Oklah, aku sambung semula kisah pergambaran kitorang baru ni. Aku sebenarnya memegang watak sampingan je.. Watak-watak yang ada dalam drama ni ialah Zaipon sebagai Pak Mail, Farhanah sebagai Tijah, Sya sebagai Ecah, Rizal (akula..) sebagai Samat, Ekhwan sebagai Dollah, Yazid sebagai Pak Busu dan Acik sebagai Rakan Ecah...

Satu keluarga - Pak Mail, Ecah dan Tijah


Perjalanan cerita ini sebenarnya ialah berkisarkan seorang lekaki yang bekerja sebagai pekerja kilang iaitu Pak Mail yang hidupnya serba kekurangan. Dia hidup bersama keluarganya iaitu isteri (Tijah) dan anaknya (Ecah). Ecah bersekolah tingkatan 2 memerlukan wang untuk membayarkan yuran sekolahnya sedangkan Pak Mail tidak mempunyai wang untuk membayarnya.

Penggambaran di rumah atok Yazid di Banting


Pak Mail sering sahaja melepak di warung Pak Busu untuk bersarapan pagi. Kebetulan ada dua pemuda yang melepak di warung Pak Busu mengajak Pak Mail untuk bermain nombor ekor setelah Pak Mail hairat dengan gelagat daripada 2 pemuda itu. Pemuda tersebut ialah Samat dan Dollah. Pelbagai cara telah di ajar kepada untuk Pak Mail untuk memastikan Pak Mail dapat memenangi nombor ekor tersebut setelah dua tiga kali Pak Mail cuba tetapi tak dapat seperti berjumpa dengan bomoh tilik dan sebagainya.

Bro, macamana nak kawal kamera ni??


Penggambaran dekat warung Pak Busu...(untuk pengetahuan korang, warung ni Jagan Tomyam)..hahahaha...


Akhirnya Pak Mail berjaya untuk mendapatkan apa yang telah diimpikan olehnya. Dia telah dapat hadiah pertama dan dia kegirangan untuk megambil wang tersebut. Tiba-tiba............

Pak Mail hampir-hampir berlanggar dengan sebuah kereta dan disebabkan kecelakaan tersebut, Pak Mail terhumban ke tepi jalan dan menyebabkan Pak Mail patah tangan dan kecederaan ringan. Kejadian itu telah menyebabkan Pak Mail berasa sungguh insaf atas apa yang telah dilakukan oleh dirinya.

Persiapan untuk penggambaran scene motor..

Itulah serba sedikit berkenaan dengan drama Ekor Durjana tersebut. Terima Kasih kepada mereka yang telah banyak memberikan kerjasama dalam pembikinan darama ini. Terima Kasih..


Isnin, 3 Mac 2008

Bidang Penyiaran yang aku ceburi

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman, aku merupakan pelajar Bacelor Komunikasi Penyiaran di Universiti Putra Malaysia di mana kalau korang semua tahu, bidang ni mesti melibatkan kitorang pegang kamera video dan menjalankan penggambaran. Pada semester ketiga sesi , aku pernah mengendalikan rancangan Bual Bicara berkonsepkan agama iaitu "Santai Jumaat" dan aku telah melantik diri aku untuk menjadi seorang Penerbit, Jurukamera, Pengarah Editor dan Pengacara dalam segmen tersebut. Dalam rancangan itu juga aku telah bekerjasama dengan rakan-rakan ku yang telah banyak berusaha keras dalam menjalankan rancangan itu, sebenarnya rancangan itu adalah tugasan untuk semester 3 untuk kursus tersebut.


Melakukan proses adunan video Bilik kawalan penyiaran


Sebanyak 10 episod yang telah aku siarkan secara langsung dalam rancangan tersebut termasuklah program Puasa dan Hari Raya. Antara krew-krew yang telah banyak membantu dalam menjalankan rancangan tersebut ialah Nurul, Fida, Ina, Dayat, Suri dan Aini.


-Barisan Krew Santai Jumaat-


-Jurukamera penyiaran FBMK-

Pada hujung semester tersebut juga aku bersama-sama dengan rakan-rakan produksi lain menjalankan penggambaran Drama Suri yang dijalankan di Equine Park dimana kami menjalankan selama 10 hari untuk shoot 80 scene untuk menerbitkan drama 50 minit. Dalam pembikinan drama tersebut, aku telah ditugaskan untuk melakonkan watak utama iaitu Ripin dan menjadi jurukamera simpanan.

Antara suasana yang dilakonkan dalam penggambaran drama SURI

Antara pelakon yang terlibat dalam drama tersebut ialah Harith sebagai Pak Tam, Zamzalina sebagai Maklong, Adik Ika dan Dina sebagai Suri dan Arni sebagai Seri dan krew-krew produksi yang lain dalam menjayakan Drama tersebut. Aku sebenarnya gembira dengan watak Ripin yang telah diberikan kepada aku dan drama tersebut masih diminati oleh rakan-rakan aku yang pernah tengok cerita tersebut termasuk ahli keluarga aku. Dialog sering kedengaran dari mulut rakan-rakan aku..hahaha...

Selain itu juga, pada semester 5 aku telah diterima untuk praktikal dengan syarikat tv yang popular di malaysia iaitu TV9 bermula bulan Jun hingga November 2007. Sepanjang aku bekerja dengan TV9, berbagai-bagai program telah aku ceburi dan aku telah mendapat sedikit-sebanyak pengalaman daripada praktikal yang telah aku buat itu. Antara program yang aku telah buat di TV9 ialah Akademi Al-Quran, Tadarus Al-Quran, Program Merdeka (Ambang merdeka dan Konsert Raksasa Merdeka), serta Program raya (Konsert Rock Kapak Raya XPDC, Kiambang Bertaut, Dari Taiping ke AQ dan Takbir Raya)


Dan kini aku masih lagi bergiat dalam bidang penyiaran walaupun aku telah semester enam. Aku membantu junior semester 2 untuk penggambaran Drama Ekor Durjana. Aku menjadi jurukamera dan membantu dalam mengarah. Disamping itu jugak aku menjadi pelakon tambahan dalam drama itu...


Tengah rakam babak ni...


Tengah baca skrip lah...berlakon ni...

Selasa, 26 Februari 2008

"Aku Seorang DJ"

Pada semester 1/2005, waktu tu ade la dalam bulan 7 aku telah menggedikkan diri aku untuk menjadi seorang DJ dekat Putrafm iaitu sebuah stesen Radio Kampus dibawah kelolaan RTM..aku dapat tau pun coz aku penah tengok cerita/filem kuliah cinta, alah yang Erra dan Yusri berlakon tu..Jadi, aku dapat tau yang radio yang ada dalam cerita tu ialah Putrafm, jadi aku pun nak la masuk konon-konon nya nak jadi seperti Kiran sebab aku ni minat Kiran..Hah??Tak kenal Kiran??DJ Era yang selalu dengan Apek dalam Pagi di Era tu...Kalau korang pernah dengar bagus...kalo tak pernah cari la dia kat Radio Era. Nanti korang akan dapat la tahu siapa Kiran tu .. Stylo gak mamat tuh..Tapi yang best sekali, suara dia tak macam orang nye tau.. alah, bukan nak kutuk tapi realiti yang aku tengok dan dengar..hahaha..kalau lah aku jadi macam Kiran kan bagus, alik-alik dapat lah jadi popular macam dia...hehe...tapi, kalau nak ikutkan aku ni bukan lah seorang DJ yang baik tapi kalau nak cari makan tu tak ada masalah la...hahaha...




Ni lah rupa aku sewaktu semester 1 da 2 menjadi DJ pelajar untuk PutraFM




Ok lah, aku nak cerita kisah aku mula-mula bekerja dengan PutraFM ni. Aku sebenarnya bekerja dengan PutraFM ni aku terikat dengan skim Khidmat Pelajar dimana kitorang merupakan DJ Pelajar di PutraFM tersebut. Waktu aku mula-mula masuk PutraFM dulu, DJ-DJ yang ada pada masa tu seperti Kak Ann, Victor, Edmund, Kak Raha, Rashid, Ben dan ada la orang lain yang ada pada masa tu. Rasa seperti tak sangka pulak dapat jadi DJ dekat PutraFM sebab aku ni boleh dikatakan suka bercakap walaupun segan nak tegur orang sangat. Tapi waktu tu aku rasa tak lah seronok sangat kerana aku ni takut gak nak onair waktu tu, maklum lah tak berapa hebat sangat onair. Itu kisah pada semester perrama dan kedua bekerja dengan PutraFM. Masuk kisah berkenaan dengan semester ketiga dengan smester keempat pula, kalau korang nak tahu masa semester 3 dan 4 tu lah aku buat hal.. Tak ada lah hal yang besar pun cuma masalah kedatangan je tapi perkara tu aku dan uruskan dan ditangani dengan baik sampai aku dah berubah untuk menjadi DJ yang berjaya...hehehe....Waktu aku menjadi DJ PutraFM tu, aku banyak nak berterima kasih kepada Abg Yus lah kerana dia dah banyak bagi kepaercayaan untuk aku onair bersama PutraFM, maknanya bekerja dengan PutraFM sehingga semester keempat. Tapi semester kelima tak jadi DJ PutraFM dah sebab aku menjalankan Latihan Industri di TV9 selama 1 semester jadi aku lupakan PutraFM buat itu.



Dan kini, aku kembali semula untuk meneruskan kerjaya aku sebagai DJ yang boleh meningkat naik al-maklumlah aku ni kemungkinan akan bekerja dengan PutraFM sebagai staff. Ini semua sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan yang berada di PutraFM tu. Aku nak berterima kasih sangat-sangat kepada mereka semua terutama Kamarul yang sering mengingati aku sebagai DJ PutraFM yang agak senior dalam PutraFM selain daripada GG dan Ben yang juga "otai" dalam PutraFM ni. Bila dah jadi senior, aku kenalah menunjukkan diri aku ni senior kan.. Tapi rakan-rakan junior aku semua baik-baik belaka, semuanya sempoi lah sehinggakan aku dah anggap PutraFM ni sebuah keluarga.. Opsss!! lupa pulak aku nak perkenalkan kepada korang semua siapalah DJ-DJ PutraFM kan. Kalau korang nak tahu, tengok gambar bawah ni:

Gambar ni merupakan gambar yang telah dorang ambik sewaktu karnival Ideal Kolej 17 di UPM lah. Dari kiri tu Mad (Hazry), Epul, GG, Abg Nas (Otai yang paling lama kat PutraFM), Nazira, Kina dan Ed, yang baring tu ialah Aiman (DJ Big Boi). Aku tak ada, sedih la..Ni la sebahagian rakan-rakanku di PutraFM ni.. hehe..

Sebenarnya aku tak lupa juga nak ucapkan terima kasi juga kepada ketua PutraFM ni iaitu En. Hazry (tapi bukan Mad Hazry ye, nama dorang sama) yang telah memberikan kepaercayaan kepada aku selaku DJ senior untuk menjadi DJ di PutraFM..Dan kini aku sangat berterima kasih kepada rakan aku di PutraFM iaitu Aiman yang merupakan Penolong Penrbit PutraFM kini...hehehe...

Gambar aku di Karnival Ideal 17. Temuramah dengan kumpulan Musical NCLV.
Rakan-rakan PutraFM, Kiri sekali Mad, Kamarul, GG, Aiman dan aku la...

Carling Cup


vs


Baru-baru ni aku ade tengok Cup menyaksikan pasukan Chelsea bertemu pasukan Totenham Hospur kat TV..
hehe..yang ajaibnya aku tengok pasukan Chelsea tewas dengan kekalahan yang boleh dikatakan sebagai malu gak la, apa tak nya elok-elok dah mendahului pada minit 41 jaringan Drogba, boleh kena penalti pulak dan yang membuat kekalahan itu disebabkan oleh jaringan daripada pemain pertahanan Spurs iaitu Woodgate adalah disebabkan oleh kesilapan Cech yang menolak bola ke muka Woodgate dan terus gol pada minit ke 4 masa tambahan dan gol tersebut menyebabkan Chelsea kalah dan tak dapat piala untuk musim ini...hahaha.... kalo korang nak tgk gol tersebut, tengok la ni...

RAHSIA FALSAFAH BUNGA

U all tau tak Rahsia disebalik bunga??
ni aku sediakan khas untuk korang yang minat sangat berfalsafah berkaitan dengan bunga..
jadi, check la yea...


Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja.aduhai.kesiannya!!! Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun mengkajinya sendiri secara semulajadi.

Erti Ros
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.

FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:

ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.

BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.

BUNGA CAMELIA
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.

BUNGA KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

BUNGA DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.

BUNGA IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.

BUNGA JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.

BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.

BUNGA TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.

BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.

BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.

KOD WARNA BUNGA
Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan.
Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan.
Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.
Putih: Semangat mementingkan kebenaran.
Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!

MAKSUD TERSIRAT
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya:

KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tak lama lagi.

BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la!

BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi beberapa cabaran dalam hidup.

Rabu, 20 Februari 2008

Pasukan As Roma



Kepada peminat bola sepak dunia, korang mesti dah kenal dengan Manchester United, Arsenal, Chealsea, AC Milan, Juventus dan lain-lain kelab ternama dunia lah. Tetapi korang pernah ke dengan tentang pasukan As Roma? walaupun korang dah pernah dengar, korang tau ke perkembangan pasukan ni?? Mesti korang tak tau kan.. kalau pergi tengok bola kat Ampang, NZ atau mana2 mest asyik tengok MU, Arsenal, Chesea atau Barcelona kan??



Tapi takpela, aku bagi la sikit-sikit info berkenaan dengan pasukan As Roma ni.

Pasukan ni berasal dari Italy dimana kelab salah sebuah negeri yang termasyur di Italy iaitu Rome. Pasukan ini sebenarnya tak sehandal pasukan gergasi dunia yang lain seperti yang aku list kan tadi, tp sekuarang-kurangnya dorg ni boleh bagi cabaran la kat pasukan yang besar-besar lebih-lebih lagi bile dorg bertemu dalam Champions League contohnya baru-baru ni Real Madrid tewas di tangan pasukan As Roma ni. Roma menang dengan 2-1. Pasukan As Roma ini sememangnya mempunyai pemain yang tidak ada nama besar tetapi cukup membuatkan pasukan lain gerun bertemu dengan pasukan ini. Kalo Korang nak tau dengan lebih lanjut berkenaan dengan pasukan As Roma ni, korang boleh klik kat website ni en.wikipedia.org/wiki/As_roma nanti ada la serba sedikit informasi berkenaan dengan pasukan kegemaran aku nih...tapi versi bahasa inggeris.