Rabu, 5 Mac 2008

Shooting 'Ekor Durjana'

Assalamualaikum, kepada sesiapa yang melawati blog aku ini terima kasih aku ucapkan.. sebenarnya pada 1-2 Mac yang lalu aku telah mengadakan penggambaran drama ‘Ekor Durjana’ di mana aku diminta untuk menolong junior aku untuk menyiapkan tugasan mereka. Mereka merupakan pelajar tahun 1 Bacelor Komunikasi Penyiaran. Kami mengadakan penggambaran di Banting iaitu rumah salah seorang rakan kami iaitu Yazid.. Itulah dia orangnya yang berbaju kuning tu.. Selama dua hari kitorang kat sana dapat layanan istimewa daripada mak si Yazid tu. Pada hari pertama kitorang kalau ikut jadual akan mulakan penggambaran pada pukul 8 pagi tapi disebabkan oleh faktor cuaca menyebabkan kami tak dapat nak mulakan penggambaran dengan lebih awal. Sebaik sahaja kitorang makan dan selepas hujan reda, kitorang mulakan penggambaran seperti yang telah dirancang oleh pengarah. Pengarah untuk drama ini ialah Yazid juga..(Ala, budak baju kuning sebelah ni laa…) Babak demi babak kitorang shoot lakukan dengan semangat untuk menyiapkan projek junior-junior aku.. Oppsss…aku lupa nak perkenalkan antara krew-krew yang terlibat dalam pembikinan drama “Ekor Durjana” ini. Antaranya ialah:

Sya Sebagai Ecah


Zaipon sebagai Pak Mail

Farhana sebagai Tijah


Acik Sebagai Kawan Ecah (Penolong Pengarah)


Faizul (Jurumekap)


Rizal sebagai Samat (Jurukamera)


Ekhwan sebagai Dollah (Jurukamera)


Wani (Pembantu penerbitan)


Itulah sebahagian daripada krew-krew yang terlibat dalam pembikinan drama ”Ekor Durjana”

Oklah, aku sambung semula kisah pergambaran kitorang baru ni. Aku sebenarnya memegang watak sampingan je.. Watak-watak yang ada dalam drama ni ialah Zaipon sebagai Pak Mail, Farhanah sebagai Tijah, Sya sebagai Ecah, Rizal (akula..) sebagai Samat, Ekhwan sebagai Dollah, Yazid sebagai Pak Busu dan Acik sebagai Rakan Ecah...

Satu keluarga - Pak Mail, Ecah dan Tijah


Perjalanan cerita ini sebenarnya ialah berkisarkan seorang lekaki yang bekerja sebagai pekerja kilang iaitu Pak Mail yang hidupnya serba kekurangan. Dia hidup bersama keluarganya iaitu isteri (Tijah) dan anaknya (Ecah). Ecah bersekolah tingkatan 2 memerlukan wang untuk membayarkan yuran sekolahnya sedangkan Pak Mail tidak mempunyai wang untuk membayarnya.

Penggambaran di rumah atok Yazid di Banting


Pak Mail sering sahaja melepak di warung Pak Busu untuk bersarapan pagi. Kebetulan ada dua pemuda yang melepak di warung Pak Busu mengajak Pak Mail untuk bermain nombor ekor setelah Pak Mail hairat dengan gelagat daripada 2 pemuda itu. Pemuda tersebut ialah Samat dan Dollah. Pelbagai cara telah di ajar kepada untuk Pak Mail untuk memastikan Pak Mail dapat memenangi nombor ekor tersebut setelah dua tiga kali Pak Mail cuba tetapi tak dapat seperti berjumpa dengan bomoh tilik dan sebagainya.

Bro, macamana nak kawal kamera ni??


Penggambaran dekat warung Pak Busu...(untuk pengetahuan korang, warung ni Jagan Tomyam)..hahahaha...


Akhirnya Pak Mail berjaya untuk mendapatkan apa yang telah diimpikan olehnya. Dia telah dapat hadiah pertama dan dia kegirangan untuk megambil wang tersebut. Tiba-tiba............

Pak Mail hampir-hampir berlanggar dengan sebuah kereta dan disebabkan kecelakaan tersebut, Pak Mail terhumban ke tepi jalan dan menyebabkan Pak Mail patah tangan dan kecederaan ringan. Kejadian itu telah menyebabkan Pak Mail berasa sungguh insaf atas apa yang telah dilakukan oleh dirinya.

Persiapan untuk penggambaran scene motor..

Itulah serba sedikit berkenaan dengan drama Ekor Durjana tersebut. Terima Kasih kepada mereka yang telah banyak memberikan kerjasama dalam pembikinan darama ini. Terima Kasih..