Selasa, 18 Mac 2008
Kursus Penghabisan Sekolah
Pada 1-2 dan 15-16 Mac yang lalu telah diadakan Kursus Keterampilan Pragraduan (Finishing School) yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Universiti Putra Malaysia yang bertujuan untuk membantu graduan dalam menempuhi dunia sebenar sebelum graduan mendapat pekerjaan. Antara perkara-perkara yang diajar oleh Fasilitator sewaktu kursus tersebut ialah perkenalan diri dalam sesuatu organisasi yang bakal diceburi nanti lebih kurang bagaimana untuk memperkenalkan diri mereka kepada staf-staf yang lain, mengajar kemahiran dalam berbicara dengan orang yang tidak dikenali dengan penuh keyakinan, cara untuk membuat perbentangan berkenaan dengan sesuatu topik ataupun isu. Perkara tersebut berlaku pada hari pertama kursus tersebut.
Pada hari kedua pula, perkara yang diajar kepada kami ialah berkenaan dengan bagaimana persediaan untuk memulakan pekerjaan dari aspek pakaian, kekemasan dan keterampilan diri sendiri. Selain itu, kami juga diajar bagaimana untuk menentukan apakah bidang kerja kami pada masa akan datang. membuat resume dan cover letter juga diajar pada hari kedua kursus tersebut bagi persediaan untuk memohon kerja selain daripada mempelajari kemahiran temuduga yang dijalankan oleh fasilitator.
Sesungguhnya, tidak disangka kami memperoleh ilmu yang cukup bermakna yang tidak dapat diperolehi oleh orang lain terutama kepada mereka yang tidak menghadirkan diri pada hari tersebut....
Wassalam...
Rabu, 12 Mac 2008
Pengumuman..
Anda minat menjadi seorang Penyampai Radio PutraFM?
Adakah anda mempunyai bakat?
Jikalau anda mahu dan berbakat, anda bolehlah membuat permohonan anda di PutraFM sebagai Penyampai Radio pelajar di PutraFM.
Caranya mudah, anda perlulah ke Pejabat PutraFM di Tingkat 2, Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Anda perlu isi borang permohonan sebagai penyampai radio PutraFM dan anda akan di ujibakat serta temuduga untuk menjadi penyampai radio.
Antara syarat-syarat yang ditetapkan ialah:
- Anda mestilah seorang pelajar UPM.
- Berbakat untuk bercakap dalam radio.
- Perwatakan ceria.
- Sanggup bekerja dengan masa yang panjang.
- Sanggup bekerja lebih masa untuk meggantikan pelajar yang tidak dapat hadir ke konti.
- Boleh memberikan komitmen sebagai staff PutraFM yang sebenar.
Selamat Berjaya!!!
Dimanakah Adik Sharlinie??
Assalamualaikum..
Untuk pengetahuan anda, pada 9 Mac baru-baru ini genaplah 60 hari atau 2 bulan kehilangan adik Sharlinie yang di Laporkan hilang sejak 9 Januari lagi di rumah di Petaling Jaya. Pihak Polis dan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan bertungkus lumus menjalankan kegiatan mencari dan mengesan dimanakah tempat adik Sharlinie di bawa lari oleh penculik yang menculik adik Sharlinie. Kita sebagai masyarakat yang perihatin tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada adik Sharlini setelah adik Nurin Jazlin menimpa nasib yang amat
Wajah comel arwah adik Nurin Jazlin yang dirogol sambil dibunuh
Jadi, kepada mereka yang perihatin tolonglah berdoa bagi memastikan adik sharlinie selamat dan dilindungi oleh Allah SWT. Janganlah melakukan perkara-perkara yang dapat mengelirukan pihak Polis dan keluarga adik Sharlinie, cukuplah penderitaan keluarga adik Nurin Jazlin.
Inilah lakaran wajah suspek yang dipercayai menculik adik Sharlinie
Selasa, 11 Mac 2008
Shooting Drama Ekor Durjana kedua..
Hai…aku di sini nak bagitau lah kepada rakan-rakan aku yang melawati blog ni bahawa kumpulan kami telah megadakan penggambaran buat kali kedua di Banting, kami membuat penggambaran tersebut kerana untuk menghabiskan beberapa babak yang masih belum sempat diselesaikan. Terutamanya babak malam yang agak sukar untuk di lakukan kerana faktor lampu yang memainkan peranan penting dalam pembikinan babak pada waktu malam. Selain itu, para pelakon yang tidak mempunyai bakat dan pengalaman yang baik menyebabkan babak-babak yang tidak dapat dihabiskan pada 1-2 mac. Disamping itu juga kami melakukan babak aksi di mana pelakon melakonkan babak yang agak sukar untuk dilakukan iaitu babak kemalangan yang menimpa Pak Mail.
Apa-apapun babak yang dirancang dapat dilakukan dengan baik dalam tempoh 1 hari. Tetapi dalam penggambaran tersebut terdapat masalah yang tidak dapat diatasi. Seperti penggambaran pada waktu malam dan masalah yang merumitkan.
Tetapi apa yang pasti adalah, kitorang melepaskan kepenatan kami dengan karaoke pada pada malam harinya di Jagan Karaoke.. Kami menyanyi sepuas hati kami.Isnin, 10 Mac 2008
Kemenangan Roma Bukti Kehebatan..
Kepada penggemar Pasukan AS Roma, korang mesti tahu kan bahawa pasukan Roma telah berjaya ke pusingan seterusnya dalam Champions League baru-baru ni apabila menumpaskan pasukan gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid. Pada pendapat aku, pasukan Roma dah tak mampu bersaing dengan Real Madrid memandangkan pasukan tu sememangnya handal musim ni.. Nak-nak pulak ada Robben, Robinho dan ramai lagi bintang-bintang ternama..
Real Madrid merupakan pendahulu liga Sepanyol musim ini sedangkan Roma hanyalah pasukan yang berada nombor 2 dalam liga Itali. Jadi, apakah yang anda rasakan ketika ini?? Kalau aku, aku rasa seronok apabila pasukan aku telah berjaya menumpaskan pasukan yang agak kuat dan ternama. Jadi, harapan aku agar pasukan AS Roma akan terus berjaya sebagai pasukan yang berjaya menggondol Piala Eropah itu memandangkan AC Milan sudah tumpas dan hanya InterMilan yang masih belum diketahui keputusannya jikalau Inter kalah, maknanya Roma sahaja yang mewakili Itali dalam pusingan seterusnya dalam Champions League. Perlawanan pertama 19/2/08 baru ni menyaksikan Real tumpas di Rome dengan 2-1, gol oleh Mancini dan Pizarro untuk Roma dan Raul untuk Real.
Perlawanan kedua menyaksikan Real kalah lagi apabila strategi untuk menjadikan Roma mangsa di tempat sendiri tidak berjaya apabila tumpas ditangan Roma di Madrid dengan 2-1 hasil jaringan Taddei dan Vucinic untuk Roma dan Raul untuk Real. Perlawanan suku akhir masih tidak di ketahui...jadi, kepada peminat-peminat Roma, tunggulah perlawanan Roma yang seterusnya dalam Champions League ok..
Saksikanlah video ini..
Rabu, 5 Mac 2008
Shooting 'Ekor Durjana'
Farhana sebagai Tijah
Acik Sebagai Kawan Ecah (Penolong Pengarah)
Rizal sebagai Samat (Jurukamera)
Ekhwan sebagai Dollah (Jurukamera)
Wani (Pembantu penerbitan)
Itulah sebahagian daripada krew-krew yang terlibat dalam pembikinan drama ”Ekor Durjana”
Oklah, aku sambung semula kisah pergambaran kitorang baru ni. Aku sebenarnya memegang watak sampingan je.. Watak-watak yang ada dalam drama ni ialah Zaipon sebagai Pak Mail, Farhanah sebagai Tijah, Sya sebagai Ecah, Rizal (akula..) sebagai Samat, Ekhwan sebagai Dollah, Yazid sebagai Pak Busu dan Acik sebagai Rakan Ecah...
Perjalanan cerita ini sebenarnya ialah berkisarkan seorang lekaki yang bekerja sebagai pekerja kilang iaitu Pak Mail yang hidupnya serba kekurangan. Dia hidup bersama keluarganya iaitu isteri (Tijah) dan anaknya (Ecah). Ecah bersekolah tingkatan 2 memerlukan wang untuk membayarkan yuran sekolahnya sedangkan Pak Mail tidak mempunyai wang untuk membayarnya.
Penggambaran di rumah atok Yazid di Banting
Pak Mail sering sahaja melepak di warung Pak Busu untuk bersarapan pagi. Kebetulan ada dua pemuda yang melepak di warung Pak Busu mengajak Pak Mail untuk bermain nombor ekor setelah Pak Mail hairat dengan gelagat daripada 2 pemuda itu. Pemuda tersebut ialah Samat dan Dollah. Pelbagai cara telah di ajar kepada untuk Pak Mail untuk memastikan Pak Mail dapat memenangi nombor ekor tersebut setelah dua tiga kali Pak Mail cuba tetapi tak dapat seperti berjumpa dengan bomoh tilik dan sebagainya.
Bro, macamana nak kawal kamera ni??
Akhirnya Pak Mail berjaya untuk mendapatkan apa yang telah diimpikan olehnya. Dia telah dapat hadiah pertama dan dia kegirangan untuk megambil wang tersebut. Tiba-tiba............
Pak Mail hampir-hampir berlanggar dengan sebuah kereta dan disebabkan kecelakaan tersebut, Pak Mail terhumban ke tepi jalan dan menyebabkan Pak Mail patah tangan dan kecederaan ringan. Kejadian itu telah menyebabkan Pak Mail berasa sungguh insaf atas apa yang telah dilakukan oleh dirinya.
Itulah serba sedikit berkenaan dengan drama Ekor Durjana tersebut. Terima Kasih kepada mereka yang telah banyak memberikan kerjasama dalam pembikinan darama ini. Terima Kasih..
Isnin, 3 Mac 2008
Bidang Penyiaran yang aku ceburi
Untuk makluman, aku merupakan pelajar Bacelor Komunikasi Penyiaran di Universiti Putra Malaysia di mana kalau korang semua tahu, bidang ni mesti melibatkan kitorang pegang kamera video dan menjalankan penggambaran. Pada semester ketiga sesi , aku pernah mengendalikan rancangan Bual Bicara berkonsepkan agama iaitu "Santai Jumaat" dan aku telah melantik diri aku untuk menjadi seorang Penerbit, Jurukamera, Pengarah Editor dan Pengacara dalam segmen tersebut. Dalam rancangan itu juga aku telah bekerjasama dengan rakan-rakan ku yang telah banyak berusaha keras dalam menjalankan rancangan itu, sebenarnya rancangan itu adalah tugasan untuk semester 3 untuk kursus tersebut.
Melakukan proses adunan video Bilik kawalan penyiaran
Sebanyak 10 episod yang telah aku siarkan secara langsung dalam rancangan tersebut termasuklah program Puasa dan Hari Raya. Antara krew-krew yang telah banyak membantu dalam menjalankan rancangan tersebut ialah Nurul, Fida, Ina, Dayat, Suri dan Aini.
Pada hujung semester tersebut juga aku bersama-sama dengan rakan-rakan produksi lain menjalankan penggambaran Drama Suri yang dijalankan di Equine Park dimana kami menjalankan selama 10 hari untuk shoot 80 scene untuk menerbitkan drama 50 minit. Dalam pembikinan drama tersebut, aku telah ditugaskan untuk melakonkan watak utama iaitu Ripin dan menjadi jurukamera simpanan.
Antara pelakon yang terlibat dalam drama tersebut ialah Harith sebagai Pak Tam, Zamzalina sebagai Maklong, Adik Ika dan Dina sebagai Suri dan Arni sebagai Seri dan krew-krew produksi yang lain dalam menjayakan Drama tersebut. Aku sebenarnya gembira dengan watak Ripin yang telah diberikan kepada aku dan drama tersebut masih diminati oleh rakan-rakan aku yang pernah tengok cerita tersebut termasuk ahli keluarga aku. Dialog sering kedengaran dari mulut rakan-rakan aku..hahaha...
Selain itu juga, pada semester 5 aku telah diterima untuk praktikal dengan syarikat tv yang popular di malaysia iaitu TV9 bermula bulan Jun hingga November 2007. Sepanjang aku bekerja dengan TV9, berbagai-bagai program telah aku ceburi dan aku telah mendapat sedikit-sebanyak pengalaman daripada praktikal yang telah aku buat itu. Antara program yang aku telah buat di TV9 ialah Akademi Al-Quran, Tadarus Al-Quran, Program Merdeka (Ambang merdeka dan Konsert Raksasa Merdeka), serta Program raya (Konsert Rock Kapak Raya XPDC, Kiambang Bertaut, Dari Taiping ke AQ dan Takbir Raya)
Dan kini aku masih lagi bergiat dalam bidang penyiaran walaupun aku telah semester enam. Aku membantu junior semester 2 untuk penggambaran Drama Ekor Durjana. Aku menjadi jurukamera dan membantu dalam mengarah. Disamping itu jugak aku menjadi pelakon tambahan dalam drama itu...