Isnin, 3 Mac 2008

Bidang Penyiaran yang aku ceburi

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman, aku merupakan pelajar Bacelor Komunikasi Penyiaran di Universiti Putra Malaysia di mana kalau korang semua tahu, bidang ni mesti melibatkan kitorang pegang kamera video dan menjalankan penggambaran. Pada semester ketiga sesi , aku pernah mengendalikan rancangan Bual Bicara berkonsepkan agama iaitu "Santai Jumaat" dan aku telah melantik diri aku untuk menjadi seorang Penerbit, Jurukamera, Pengarah Editor dan Pengacara dalam segmen tersebut. Dalam rancangan itu juga aku telah bekerjasama dengan rakan-rakan ku yang telah banyak berusaha keras dalam menjalankan rancangan itu, sebenarnya rancangan itu adalah tugasan untuk semester 3 untuk kursus tersebut.


Melakukan proses adunan video Bilik kawalan penyiaran


Sebanyak 10 episod yang telah aku siarkan secara langsung dalam rancangan tersebut termasuklah program Puasa dan Hari Raya. Antara krew-krew yang telah banyak membantu dalam menjalankan rancangan tersebut ialah Nurul, Fida, Ina, Dayat, Suri dan Aini.


-Barisan Krew Santai Jumaat-


-Jurukamera penyiaran FBMK-

Pada hujung semester tersebut juga aku bersama-sama dengan rakan-rakan produksi lain menjalankan penggambaran Drama Suri yang dijalankan di Equine Park dimana kami menjalankan selama 10 hari untuk shoot 80 scene untuk menerbitkan drama 50 minit. Dalam pembikinan drama tersebut, aku telah ditugaskan untuk melakonkan watak utama iaitu Ripin dan menjadi jurukamera simpanan.

Antara suasana yang dilakonkan dalam penggambaran drama SURI

Antara pelakon yang terlibat dalam drama tersebut ialah Harith sebagai Pak Tam, Zamzalina sebagai Maklong, Adik Ika dan Dina sebagai Suri dan Arni sebagai Seri dan krew-krew produksi yang lain dalam menjayakan Drama tersebut. Aku sebenarnya gembira dengan watak Ripin yang telah diberikan kepada aku dan drama tersebut masih diminati oleh rakan-rakan aku yang pernah tengok cerita tersebut termasuk ahli keluarga aku. Dialog sering kedengaran dari mulut rakan-rakan aku..hahaha...

Selain itu juga, pada semester 5 aku telah diterima untuk praktikal dengan syarikat tv yang popular di malaysia iaitu TV9 bermula bulan Jun hingga November 2007. Sepanjang aku bekerja dengan TV9, berbagai-bagai program telah aku ceburi dan aku telah mendapat sedikit-sebanyak pengalaman daripada praktikal yang telah aku buat itu. Antara program yang aku telah buat di TV9 ialah Akademi Al-Quran, Tadarus Al-Quran, Program Merdeka (Ambang merdeka dan Konsert Raksasa Merdeka), serta Program raya (Konsert Rock Kapak Raya XPDC, Kiambang Bertaut, Dari Taiping ke AQ dan Takbir Raya)


Dan kini aku masih lagi bergiat dalam bidang penyiaran walaupun aku telah semester enam. Aku membantu junior semester 2 untuk penggambaran Drama Ekor Durjana. Aku menjadi jurukamera dan membantu dalam mengarah. Disamping itu jugak aku menjadi pelakon tambahan dalam drama itu...


Tengah rakam babak ni...


Tengah baca skrip lah...berlakon ni...